MENGENALI PENTERJEMAH..
Ust. Hj. Ahmad Asri Lubis bin Hj Abusamah mempelajari asas pendidikan agama dan bahasa Arab di beberapa pondok pesantren di Barat dan Utara Sumatra Indonesia sebelum beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab, Pengajian Islam dan Pendidikan di Islamic Call College,Tripoli dan El FAteh University,Tripoli Libya.
Pada tahun 1994 - 1996 beliau pernah bertugas sebagai pensyarah (Jabatan Arab dan Tamadun Islam) di Fakulti Pengajian Islam, University Kebangsaan Malaysia ( UKM BANGI). Kemudian beliau mendapat peluang untuk berkhidmat di bawah KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM sejak tahun 1996 - 2004. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab dan Tamadun Islam di KOlej University Islam Selangor (KUIS, NILAI) sambil melanjutkan PHD bahagian Pendidikan Bahasa Arab di UPSI (University Pendidikan Sultan Idris).
Ust. Hj Ahmad Asri sangat aktif dalam menghasilkan karya dan terjemahan buku dari Bahasa Arab.Beberapa hasil karya beliau telah dicetak dan diterbitkan di Malaysia. Beliau seorang yang aktif berceramah di beberapa masjid dan surau sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dan turut mendapat undangan ceramah di beberapa surau dan majlis pengajian khusus di Negara Brunei.
Pada tahun 1994 - 1996 beliau pernah bertugas sebagai pensyarah (Jabatan Arab dan Tamadun Islam) di Fakulti Pengajian Islam, University Kebangsaan Malaysia ( UKM BANGI). Kemudian beliau mendapat peluang untuk berkhidmat di bawah KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM sejak tahun 1996 - 2004. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah Bahasa Arab dan Tamadun Islam di KOlej University Islam Selangor (KUIS, NILAI) sambil melanjutkan PHD bahagian Pendidikan Bahasa Arab di UPSI (University Pendidikan Sultan Idris).
Ust. Hj Ahmad Asri sangat aktif dalam menghasilkan karya dan terjemahan buku dari Bahasa Arab.Beberapa hasil karya beliau telah dicetak dan diterbitkan di Malaysia. Beliau seorang yang aktif berceramah di beberapa masjid dan surau sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dan turut mendapat undangan ceramah di beberapa surau dan majlis pengajian khusus di Negara Brunei.
-------------------------------------------------------
Diantara buku2 karya beliau:
KARYA: SYEIKH DR. MUHAMMAD BIN IBRAHIM
PENTERJEMAH: UST.HJ. ASRI LUBIS BIN HJ. ABUSAMAH
HARGA: RM 25 ( tiada dipasaran Malaysia )
HALAMAN: 261 MUKASURAT
EDISI TERHAD
ULASAN: Sebagai manusia normal, setiap invidividu pasti mepunyai naluri untuk berjaya dan akan bersungguh-sungguh dalam kerjayanya agar dapat mencapai darjat atau kedudukan yang tinggi dalam sesebuah institusi. Ini kerana kedudukan dan pangkat yang tinggi itu merupakan bukti kejayaan dan keberhasilan usaha mereka selama ini secara materi. Tiada siapa yang mahu hanya menjadi orang suruhan dan kuli sahaja sepanjang hidupnya. Untuk mencapai darjat yang tinggi ini, pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan.
TETAPI!! Apakah kita semua pernah terfikir dan berusaha untuk bersungguh-sungguh untuk mencapai darjat yang tinggi di akhirat yang bersifat kekal abadi itu? Apakah matlamat hidup di negeri akhirat itu sama dengan dunia? Sedangkan kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan bersifat fana. Tiada sedikit pun daripada darjat dan harta kita yang menggunung di dunia ini dapat kita jadikan dalil kejayaan kita di negeri sana.
BAGAIMANA CARANYA?? Ya! Milikilah buku ini dengan segera, terdapat 30 kaedah dan pendekatan yang membuka peluang seluas-luasnya untuk anda dan orang-orang tersayang agar memperoleh darjat yang tinggi di SYURGA, Insya Allah.. Semaklah dengan penuh teliti dan sebarkanlah kepada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga anda agar kita semua tergolong dikalangan hamba-hambaNYA yang beruntung dan dapat mencapai manisnya SYURGA FIRDAUSI bersama-sama, Insya Allah.
-------------------------------------------------------------
2. MEREBUT PAHALA BERLIPAT GANDA DALAM MASA SINGKAT
KARYA: SYEIKH DR. MUHAMMAD BIN IBRAHIM
PENTERJEMAH: UST.HJ. ASRI LUBIS BIN HJ. ABUSAMAH
HARGA: RM25
HALAMAN: 235 MUKASURAT
EDISI TERHAD ( tiada dipasaran Malaysia )
ULASAN: Putaran waktu dan kehidupan semakin laju dan cepat berbanding zaman-zaman nabi sebelumnya. Masa sehari yang berlalu seperti sejam,seminggu seperti sehati, setahun seperti sebulan dan masa terus berputar dengan pantas dan pantas tanpa menghiraukan orang-orang yang lalai mengisi masanya dengan perkara yang bermanfaat.
Umur yang panjang bukanlah tiket kejayaan di akhirat kelak, kerana itu tidak adil.Tetapi kualiti usialah yang menjadi penentu kejayaan kita di negeri sana. Bagaimana meraih pahala berlipat ganda dalam masa yang singkat?
ini bukan skim cepat kaya,bukan juga skim cepat masuk syurga, tetapi buku ini akan memberikan panduan dan motivasi yang amat berharga bagi hamba mukmin dalam meningkatkan produktiviti ibadah dan kualiti usianya, Insya Allah...
--------------------------------------------------------
3. KE ARAH MEMPERKUAT KEIMANAN DAN KEYAKINAN DI ERA GLOBALISASI
PENYUSUN: UST. HJ. ASRI LUBIS BIN HJ. ABUSAMAH
HARGA : RM 15.00
HALAMAN: 143 MUKASURAT
EDISI TERHAD
ULASAN: Buku "KE ARAH MEMPERKUAT KEIMANAN DAN KEYAKINAN DI ERA GLOBALISASI" ini merupakan karya terjemahan daripada satu ringkasan buku bahasa arab bertajuk : "GEJALA - GEJALA IMAN LEMAH" ( Zhahirah dha'ful iman ) oleh Ust Muhammad Al-Munjid yang diperolehi melalui laman web www.islammemo.cc/. Disamping itu, penerjemah telah menambah beberapa huraian yang dirasakan perlu dan sesuai dengan situasi masyarakat Melayu pada masa kini.
Kandungan buku ini mengajak pembaca semua membedah tentang gejala-gejala lemahnya iman, punca-puncanya dan bagaimana cara untuk mengatasinya terutamanya di era globalisasi yang sangat mencabar ini, tipudayanya yang semakin canggih dan tanpa sempadan. Perkara negatif lebih mudah didapati dan mudah merebak di mana-mana saja berbanding perkara baik dan positif, tambahanan pula kebanyakan masyarakat kini agak mudah goyah dari sudut keimanan dan keyakinan kepada Allah swt.
Di dalam buku ini turut dilampirkan bersama "DOA-DOA HARIAN MUSLIM" dari Hadis Rasulullah saw sebanyak 23mukasurat yang berguna untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari sebagai usaha agar bertambah keimanan dan kecintaan kita kepada Allah swt.AMEEN..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar